Zikir bermaksud mengingati Allah SWT dengan hati , lidah dan perbuatan seperti membaca Al-Quran , bertasbih , bertahmid , bertakbir dan sebagainya . Zikir ini dapat menghubungkan manusia dengan penciptanya .
Orang yang tidak berzikir akan rugi kerana mereka akan terdedah kepada perkara yang dimurkai oleh Allah SWT seperti hubungan bebas antara lelaki dan perempuan , minum arak dan sebagainya kerana diri mereka mudah dikuasai oleh syaitan laknatullah dan sukar untuk mengawal nafsu serakah . Selain itu mereka juga akan lalai dalam menunaikan tanggungjawab terhadap agama dan terkhir sekali ialah mereka tidak akan merasai ketenangan jiwa dan sentiasa gelisah .
Antara adab berzikir termasuklah :-
- Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
- Melafazkan setiap kalimah zikir dengan betul
- Mengingati Allah SWT dengan seikhlas hati
- Merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT ketika melafazkan kalimah zikir
- Menyebut kalimah zikir dengan perlahan
- Berzikir kepada Allah SWT dengan penuh perhatian
Kenapa kita perlu beradap ketika berzikir ?
- Supaya tidak menganggu ketenteraman orang lain
- Bagi mencapai kesempurnaan dalam ibadat
- Supaya Zikir diterima oleh Allah
- Selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW
Terdapat beberapa hikmat jika kita berzikir antaranya kita dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT , kita memperoleh ketenangan jiwa , berzikir mendidik kita supaya sentiasa mengingati Allah SWT dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan merasai keagungan-Nya .