11 Sept 2011

Nasihat Luqman Al-Hakim

Intisari Ayat Surah Luqman ayat 12-13 
Luqman Al-Hakim menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah SWT , tidak mensyirikkan Allah , berbakti kepada kedua ibu bapa , mendirikan solat , melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan , tidak bersikap sombong , dan bersopan santun ketika berjalan . Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak .


Luqman Al-Hakim merupakan seorang hamba Allah yang soleh lagi bertaqwa . Beliau dianugerahkan dengan pengetahuan , kebijaksanaan , kefahaman agama yang dalam , kemulian dan kedudukan yang tinggi . Beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau . Kisahnya menjadi teladan kepada manusia . Antara nasihat beliau kepada anaknya ialah :-
  • Jangan melakukan syirik 
  • berbuat baik kepada kedua ibu bapa 
  • bersabar terhadap bala bencana
  • jangan bersifat sombong 
  • melakukan kebaikan dan tinggalkan kejahatan
  • menunaikan solat
Tidak melakukan syirik 
 Syirik ialah menyukutukan Allah dengan sifat , zat dan af'al-Nya (perbuatan) . Syirik termasuk dalam golongan berdosa besar . Ibadat tidak diterima serta akan mendapat balasan neraka .

(BAHAGIAN SYIRIK TELAH DITERANGKAN DALAM POST YANG BERTAJUK : PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN )


Berbuat baik kepada ibu bapa
 Berbuat baik kepada ibu bapa merupakan satu kewajipan setiap individu . Ini disebabkan setiap anak perlu berbakti kepada kedua ibu bapa kerana ibu bersusah payah mengandungkan kita , ibu bapa menjaga kita dari kecil hingga dewasa , bapa mencari nafkah untuk kita dan ibu bapa sanggup bersusah payah demi kebaikan anaknya . 

 Kita perlu beradab dengan kedua ibu bapa kita . Contoh cara beradab yang betul ialah merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka , mendengar nasihat mereka , mematuhi perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan sentiasa mengembirakan mereka .

" Mereka yang berbuat baik dengan ibu bapa akan mendapat balasan baik didunia dan akhirat manakala bagi mereka yang berbuat jahat kepada kedua ibu bapa mereka akan mendapat balasan sebaliknya "


Menunaikan kebaikan
 Luqman Al-Hakim turut menasihati anaknya supaya mendirikan solat , melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran . Setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran .  Bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia yang harus diamalkan setiap individu . Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada manusia . 

Tegahan bersifat sombong
 Islam memerintahkan umatnya supaya bertegur sapa dan menunjukkan wajah yang manis serta melihat muka ketika bertutur dengan orang lain . Kita perlu berbicara dengan lemah lembut dan berhemah tinggi supaya pendengar jelas dan menerima dengan hati yang terbuka .

Sabar terhadap bencana
  Sabar merupakan sifat yang mulia dan terpuji . Kepentingan sifat sabar ini ialah memperoleh kejayaan kerana tidak berputus asa , redha menghadapi ujian Allah SWT  dan melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh serta tidak mudah dihasut syaitan .

Pengajaran bagi ayat surah Luqman 12-13 ini ialah Allah SWT menjadikan Luqman Al-Hakim sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia dan Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada kedua ibu bapa