14 Sept 2011

Pesanan Daripada Tiga Wali Allah

Hassan Al Basri berkata :
    Kambing itu lebih sedar daripada manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia tidak taat kepada perintah Tuhannya dalam menurut saja kehendak iblis. Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah SWT. Barang siapa yang cintakan emas dan perak akan dihina oleh Allah SWT.
   Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak.

Al Syibli pula berkata :
     Waktu sekarang uang kamu berada ini adalah lebih berharga daripada seribu tahun yang lalu dan seribu tahun yang akan datang.
   Orang yang tidur 1 jam diwaktu malam dengan melupakan Allah SWT adalah tertinggal kebelakang sebanyak 1 ribu tahun dalam perlumbaan kerohanian. Apa yang ditakdirkan olehmu pasti akan dapat walaupun seribu halangan.

Abu Muhammad Royam pula berkata :
     Allah SWT berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya,bukan tujuan lain.
   Semakin kaya orang itu semakin jauh dia daripada Allah. Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah SWT agar hati menjadi bersih.