Diriwayatkan bahawa suatu hari , anak Omar bin Al-Khattab pulang ke rumah dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya anak itu menjawab "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan di bajuku dan mengejekku. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini"
Mendengar pengaduan anaknya Omar bin Al-Khattab itu timbullah rasa kasihan dalam hatinya. Oleh kerana itu beliau mengirimkan sepucuk surat kepada Bendahari negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang sebanyak 4 dirham dengan jaminan gajinya dipotong pada bulan hadapan.
Maka Bendahari negara itupun membalas surat beliau dengan berbunyi "Wahai Omar , adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan ? Bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu ? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu dihadapan Allah ?"
Beliaupun menerima jawapan daripada Bendahari negara itu tetapi setelah membaca isi surat itu, beliau tersunggur menangis , lalu berkata kepada anaknya "Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi"
-Minsykatul Anwar-
< sedih >