Penjelasan Ayatul Kursi :
Ayatul Kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat Kursi diturunkan ia disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengantaranya, karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya. Rasulullah SAW segera memerintah orang yang menulis Al-Quran iaitu Zaid bin Tsabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat 95 hadith yang menjelaskan fadhilat ayatul Kursi. Sebabnya disebut ayat ini terdapat perkataan Kursi, maksudnya tempat duduk yang megah lagi mempunyai martabat. Jangan salah faham kerana perkataan Kursi bukan bermaksud tempat duduk Tuhan tetapi syiar atas kebesaran Tuhan.
Tuhan menjadikan Kursi meliputi 7 lapisan langit dan bumi, kebesaran tujuh lapis langit dan bumi jika dibandingkan dengan kebesaran Kursi adalah seumpamanya pohon ditengah padang pasir yang luas. Disamping kiri dan kanan Kursi yang megah itu dijadikan pula beribu-ribu Kursi kecil untuk menambahkan keindahan dan kemegahannya dan duduk pada tiap-tiap Kursi itu adalah malaikat yang membaca ayat Kursi dan malaikat yang menulis pahala orang yang membaca ayat Kursi itu.
Beberapa Khasiat Ayatul Kursi :
(1) Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya Khawasul Qur'an bahawa ibnu Kutaibah meriwayatkan sesuatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah. Ceritanya bermula bergini :-
Seorang pedagang kurma yang bernama Ka'ab ingin berdagang di Basrah, dia membawa barang dagangannya dijual di pasar Basrah. Dia mencari tempat penginapan tetapi semua telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang lain kecuali sebuah rumah yang kosong, dipenuhi sarang labah-labah. Kelihatan rumah itu telah lama tidak didiami orang, Ka'ab pergi berjumpa dengan tuan rumah tersebut untuk menyewa tempat tersebut selama lebih kurang 1 minggu. Tuan rumah itu memberitahu Ka'ab bahawa rumah itu amat pelik sekali dan sering menjadi buah mulut masyarakat tempatan. Kata orang, rumah yang itu berpenghuni makhluk halus iaitu Jin Ifrit. Banyak orang yang menyewanya binasa. Ka'ab berkata dia tidak kesah kerana sudah tiada tempat lain untuk dia menginap, dia bersedia tinggal di situ, asalkan tuan rumah itu mengizinkannya menginap di situ."Baiklah" kata tuan rumah. "Saya tidak keberatan dan saya tidak memungut sewa apa-apa". Ka'ab tinggal di rumah itu petang hari dan apabila di malam hari, Ka'ab menampakkan bayangan hitam dengan dua matanya seperti berapi-api dan mendekati Ka'ab. Ka'ab segera bangun dan membaca surah Ayatul Kursi. Allahulaa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum" tetapi bayangan hitam itu sering menguti apa yang dibacanya sehingga ayat yang terakhir sekali berbunyi "Walaa ya uuduhuu hifdluhumaa wa huwal 'aliyyul 'aziim". Suara Jin Ifrit itu tidak kedengaran lagi.
Ka'ab berasa hairan dan mengulangi ayat terakhir itu tetapi tidak didengari juga. Jadi Ka'ab baca dengan beberapa kali dan bayangan hitam itu lenyap dari pandangan dan Ka'ab terhidu bau sesuatu yang terbakar. Selepas itu Ka'ab pun tidur di dalam rumah itu tanpa ganguan. Dipagi hari Ka'ab terlihat kesan terbakar dan kesan abu di satu sudut rumah.
Di saat itu Ka'ab terdengar satu suara berkata "Hai Ka'ab,engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas", dengan hairan Ka'ab menjawab "dengan apa aku membakarnya ??" jawab suara itu "Dengan firman Allah SWT 'walaa ya uuduhuu hifdluhumaa wahuwal aliyyul aziim".
(2) Siapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardhu,Allah SWT akan mengampunkan dosanya. Siapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, dia akan terhindar dari gangguan syaitan dan siapa yang membaca ayat Kursi ketika dia marah, maka hilanglah rasa marahnya.
(3) Syeikh Buni menyatakan : Siapa yang takut terhadap serangan musuh, hendaklah dia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayatul Kursi. Kemudian ia masuk bersama-sama dengan jemaahnya kedalam garis lintaran tersebut. Menghadap kearah musuh sambil membaca ayatul Kursi sebanyak kata-katanya, atau sebanyak huruf-hurufnya (banyak sekali), InsyaAllah musuh tidak akan dapat melihat mereka dan tidak akan memudaratkan mereka.
