Nama sebenar Imam As-Syafie rahimahullah ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafi' bin As-Sa'ib . Beliau sama keturunan dengan Nabi Muhammad SAW di sebelah datuknya , Abdul Manaf.Imam As-Syafie lahir di Ghazzah , Palestin pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi . Bapa beliau meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan di atas bumi ini . Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya , Syafie bin Sa'ib . Beliau merupakan seorang yang kuat ingatan , terang hati , rajin , serta mempunyai peribadi yang sangat tinggi . Beliau meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masihi di Mesir .
Selain itu , dalam bidang pendidikan , Imam As-Syafie mula belajar Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan dapat menghafaz keseluruhan Al-Quran ketika 9 tahun . Ketika umur 12 tahun , beliau sudah menghafal kitab Al-Muattok , karangan Imam Malik . Beliau banyak menghabiskan masa beliau pergi menuntut ilmu di kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram . Imam As-Syafie belajar dengan beberapa orang tokoh ulama yang terkenal seperti Imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami . Beliau juga pergi mengembara ke Iraq , Parsi , Palastin dan Yaman untuk menuntut ilmu .
Seterusnya , Imam As-Syafie banyak memberi sumbangan dalam tamadun Islam antaranya mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum . Selain itu , tidak menerima kaedah istihsan dan mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu . Seterusnya beristihad mengikut tempat dan suasana dan akhir sekali beliau berhujah dengan golongan yang anti-hadis . Perdebatan ini disebutkan dalam kitab Ar-Risalah . Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat . Imam As-Syafie merupakan pengasas mazhab Syafie .