Nama sebenar beliau ialah Nukman bin Thabit . Dilahirkan di Kufah pada tahun 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi.Beliau berketurunan Parsi dan anak kepada seorang peniaga kain . Beliau ada salah seorang ulama Islam yang terkenal dan merupakan pengasas kepada Mazhab Hanafi . Beliau dikenali sebagai Abu Hanifah kerana sentiasa membawa kemana-mana sahaja tintanya untuk mencatat ilmu pengetahuan dan salah seorang anaknya bernama Hanifah . Beliau juga dikenali dengan gelaran itu kerana Hanifah bermaksud cenderung kepada agama . Imam Abu Hanifah adalah seorang yang berani dan tegas dalam mempertahankan agama.Antara ujian yang dihadapi oleh beliau dalam pemerintah termasuklah dihukum penjara dan disebat kerana menolak jawatan kadi di Kufah . Beliau meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 masihi ketika berusia 70 tahun.
Dalam bidang pendidikan beliau banyak mendapat peluang menuntut ilmu sejak kecil sehingga ke peringkat yang paling tinggi . Beliau mempelajari mempelajari pelbagai ilmu terutamanya ilmu undang-undang Islam . Imam Abu Hanifah berguru dengan beberapa orang ulama yang hidup sezaman dengannya . Guru yang paling banyak memberi sumbangan kepada dirinya ialah Imam Hammad bin Ali Sulaiman iaitu selama 18 tahun . Beliau juga berguru dengan Anas bin Malik , Abdullah bin Abi Aufa’ , dan Abdullah bin Abi Al-Hasan .
Beliau banyak memberi sumbangan dalam tamadun Islam antaranya beliau banyak menghabiskan masanya untuk memberi pengajaran di masjid , berfikiran kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fikah , ulama pertama yang menyusun kitab fikah mengikut bab dan fasal dengan tersusun . Beliau juga ada membuat kitab dan ada antara kitab-kitabnya yang terkenal ialah kitab Al-fikah Al-Akhbar dan Kitab Faraid.
Aliran mazhab Abu Hanifah dikenal sebagai aliran mazhab Hanafi.Mazhab ini berpengaruh di Iraq dan menjadi mazhab rasmi Kerajaan Uthmaniah . Murid Imam Abu Hanifah yang terkenal sebagai tokoh ulama turut menyebarkan ilmu khususnya dalam bidang fikah dan perundangan Islam.