17 Sept 2011

Khalid Al-Walid r.a - Pedang Allah

Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya
peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya
mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid
Al-Walid yang baru. Beliau adalah penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam,
ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera
iaitu anugerah 'Pedang Allah'
.

Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan
perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran
yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.

Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b
Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang
orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.


Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa
dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.



Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih
kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat
tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah
dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin
Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang
juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan
menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun
menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana
sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahapuskan golongan murtad.
Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya
berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan
saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan
kepada orang-orang kafir dan munafik".
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi
dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai
tentera Islam yang terkorban. Khalid Al-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam
strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan
ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana
kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing".

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima
musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera
Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa
dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar
beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun
depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana
kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum
darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi,
sebab itulah kami ke mari"
 
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil
bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah
peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
 
Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata :
"Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang
pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan
kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"
 
Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW !
Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima
Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang
merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada
Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada
seseorang pasti dia akan kalah".

Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"
 
George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"
 
Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul
dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri
termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada
Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.
Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
 
George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"
 
Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran
Islam"
 
George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah
berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama" 

George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"
 
Khalid b Al-Walid menjawab : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian
serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam
dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman
dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman
kepada Allah dengan jiwamu"
 
Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat
solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan
tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
 
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan
cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya
di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun
bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan
orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi
meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medan perang tersebut ! Ini
membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri
sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW


16 Sept 2011

Ayatul Kursi

Penjelasan Ayatul Kursi :
   Ayatul Kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat Kursi diturunkan ia disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengantaranya, karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya. Rasulullah SAW segera memerintah orang yang menulis Al-Quran iaitu Zaid bin Tsabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
   Ada terdapat 95 hadith yang menjelaskan fadhilat ayatul Kursi. Sebabnya disebut ayat ini terdapat perkataan Kursi, maksudnya tempat duduk yang megah lagi mempunyai martabat. Jangan salah faham kerana perkataan Kursi bukan bermaksud tempat duduk Tuhan tetapi syiar atas kebesaran Tuhan.
   Tuhan menjadikan Kursi meliputi 7 lapisan langit dan bumi, kebesaran tujuh lapis langit dan bumi jika dibandingkan dengan kebesaran Kursi adalah seumpamanya pohon ditengah padang pasir yang luas. Disamping kiri dan kanan Kursi yang megah itu dijadikan pula beribu-ribu Kursi kecil untuk menambahkan keindahan dan kemegahannya dan duduk pada tiap-tiap Kursi itu adalah malaikat yang membaca ayat Kursi dan malaikat yang menulis pahala orang yang membaca ayat Kursi itu.

Beberapa Khasiat Ayatul Kursi :
(1) Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya Khawasul Qur'an bahawa ibnu Kutaibah meriwayatkan sesuatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah. Ceritanya bermula bergini :-
   Seorang pedagang kurma yang bernama Ka'ab ingin berdagang di Basrah, dia membawa barang dagangannya dijual di pasar Basrah. Dia mencari tempat penginapan tetapi semua telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang lain kecuali sebuah rumah yang kosong, dipenuhi sarang labah-labah. Kelihatan rumah itu telah lama tidak didiami orang, Ka'ab pergi berjumpa dengan tuan rumah tersebut untuk menyewa tempat tersebut selama lebih kurang 1 minggu. Tuan rumah itu memberitahu Ka'ab bahawa rumah itu amat pelik sekali dan sering menjadi buah mulut masyarakat tempatan. Kata orang, rumah yang itu berpenghuni makhluk halus iaitu Jin Ifrit. Banyak orang yang menyewanya binasa. Ka'ab berkata dia tidak kesah kerana sudah tiada tempat lain untuk dia menginap, dia bersedia tinggal di situ, asalkan tuan rumah itu mengizinkannya menginap di situ.
   "Baiklah" kata tuan rumah. "Saya tidak keberatan dan saya tidak memungut sewa apa-apa". Ka'ab tinggal di rumah itu petang hari dan apabila di malam hari, Ka'ab menampakkan bayangan hitam dengan dua matanya seperti berapi-api dan mendekati Ka'ab. Ka'ab segera bangun dan membaca surah Ayatul Kursi. Allahulaa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum" tetapi bayangan hitam itu sering menguti apa yang dibacanya sehingga ayat yang terakhir sekali berbunyi "Walaa ya uuduhuu hifdluhumaa wa huwal 'aliyyul 'aziim". Suara Jin Ifrit itu tidak kedengaran lagi.
    Ka'ab berasa hairan dan mengulangi ayat terakhir itu tetapi tidak didengari juga. Jadi Ka'ab baca dengan beberapa kali dan bayangan hitam itu lenyap dari pandangan dan Ka'ab terhidu bau sesuatu yang terbakar. Selepas itu Ka'ab pun tidur di dalam rumah itu tanpa ganguan. Dipagi hari Ka'ab terlihat kesan terbakar dan kesan abu di satu sudut rumah. 
   Di saat itu Ka'ab terdengar satu suara berkata "Hai Ka'ab,engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas", dengan hairan Ka'ab menjawab "dengan apa aku membakarnya ??" jawab suara itu "Dengan firman Allah SWT 'walaa ya uuduhuu hifdluhumaa wahuwal aliyyul aziim".

(2) Siapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardhu,Allah SWT akan mengampunkan dosanya. Siapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, dia akan terhindar dari gangguan syaitan dan siapa yang membaca ayat Kursi ketika dia marah, maka hilanglah rasa marahnya.  


(3) Syeikh Buni menyatakan : Siapa yang takut terhadap serangan musuh, hendaklah dia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayatul Kursi. Kemudian ia masuk bersama-sama dengan jemaahnya kedalam garis lintaran tersebut. Menghadap kearah musuh sambil membaca ayatul Kursi sebanyak kata-katanya, atau sebanyak huruf-hurufnya (banyak sekali), InsyaAllah musuh tidak akan dapat melihat mereka dan tidak akan memudaratkan mereka.










14 Sept 2011

Baju Anak Khalifah

   Diriwayatkan bahawa suatu hari , anak Omar bin Al-Khattab pulang ke rumah dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya anak itu menjawab "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan di bajuku dan mengejekku. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini"

   Mendengar pengaduan anaknya Omar bin Al-Khattab  itu timbullah rasa kasihan dalam hatinya. Oleh kerana itu beliau mengirimkan sepucuk surat kepada Bendahari negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang sebanyak 4 dirham dengan jaminan gajinya dipotong pada bulan hadapan.

   Maka Bendahari negara itupun membalas surat beliau dengan berbunyi "Wahai Omar , adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan ? Bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu ? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu dihadapan Allah ?"

    Beliaupun menerima jawapan daripada Bendahari negara itu tetapi setelah membaca isi surat itu, beliau tersunggur menangis , lalu berkata kepada anaknya "Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi"

-Minsykatul Anwar-

< sedih >

Sedekah 7,000 Pahala

Pahala sedekah terbahagi kepada 4 jenis :
1-sedekah yang mendapat 10 pahala
2-sedekah yang mendapat 70 pahala
3-sedekah yang mendapat 700 pahala
4-sedekah yang mendapat 7000 pahala

  • Sedekah yang 1 kerana memberi makan kepada orang miskin
  • Sedekah yang 2 kerana sedekah kepada saudara-mara
  • Sedekah yang 3 kerana sedekah kepada sahabat dan kawan
  • Sedekah yang 4 kerana sedekah kepada orang yang mencari ilmu 

Sabda Rasulullah SAW :

"Barang siapa yang mempunyai harta
maka bersedekahlah dengan kekayaannya,
dan barang siapa yang mempunyai ilmu
maka bersedekahlah dengan ilmunya,
dan barang siapa yang mempunyai tenaga,
maka bersedekahlah dengan tenaganya."

Sabda Rasulullah SAW :

"Sedekah dapat menutup 70 pintu kejahatan."


Doa Mohon Ketaqwaan Dan Kekayaan :
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu diberi
hidayah , ketaqwaan , kesucian dan kekayaan."

 

Pesanan Daripada Tiga Wali Allah

Hassan Al Basri berkata :
    Kambing itu lebih sedar daripada manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia tidak taat kepada perintah Tuhannya dalam menurut saja kehendak iblis. Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah SWT. Barang siapa yang cintakan emas dan perak akan dihina oleh Allah SWT.
   Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak.

Al Syibli pula berkata :
     Waktu sekarang uang kamu berada ini adalah lebih berharga daripada seribu tahun yang lalu dan seribu tahun yang akan datang.
   Orang yang tidur 1 jam diwaktu malam dengan melupakan Allah SWT adalah tertinggal kebelakang sebanyak 1 ribu tahun dalam perlumbaan kerohanian. Apa yang ditakdirkan olehmu pasti akan dapat walaupun seribu halangan.

Abu Muhammad Royam pula berkata :
     Allah SWT berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya,bukan tujuan lain.
   Semakin kaya orang itu semakin jauh dia daripada Allah. Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah SWT agar hati menjadi bersih.

11 Sept 2011

Adab Dengan Rasulullah SAW

Adab dengan Rasulullah SAW 
  • Berselawat dengan Rasulullah SAW bagi menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang.
  • Menziarahi makam Rasulullah SAW ketika menunaikan haji atau umrah.
  • Mengasihi dan menyayangi sahabat Rasulullah SAW.
  • Bersopan santun dan tawadduk dengan Rasulullah SAW seperti menghormati baginda apabila hadis baginda dibaca seolah-olah baginda masih hidup.
  • Beriltizam dengan sunnah Rasulullah SAW iaitu bersungguh-sungguh mengikut segala sunnah baginda sama ada dalam perbuatan , perkataan , hukum , sikap , dan pandangan.
Tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah SAW
  • Tidak mentaati dan mematuhi perintah Rasulullah SAW.
  • Bercakap-cakap dan berbuat bising semasa melawat makam Rasulullah SAW.
  • Tidak mengucap selawat ketika mendengar nama baginda disebut.
  • Tidak menghormati sahabat baginda. 


Akibat tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW
  • Terlepas peluang menerima syafaat daripada Rasulullah SAW di akhirat kelak.
  • Iman menjadi rosak kerana tidak mematuhi sunnah baginda.
  • Terhapus pahala atau kebaikan yang dilakukan.
  • Tidak berpegang dengan Sunnah Rasulullah SAW bererti berpegang dengan ajaran Islam.
 Hikmat beradab dengan Rasulullah SAW
  • Dikasihi dan disayangi Allah SWT.
  • Mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT.
  • Mendidik diri menjadi mukmin sejati.
  • Mendapat syafaat di akhirat kelak.
  • Memperoleh rahmat dan keampunan Allah SWT. 

Nasihat Luqman Al-Hakim

Intisari Ayat Surah Luqman ayat 12-13 
Luqman Al-Hakim menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah SWT , tidak mensyirikkan Allah , berbakti kepada kedua ibu bapa , mendirikan solat , melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan , tidak bersikap sombong , dan bersopan santun ketika berjalan . Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak .


Luqman Al-Hakim merupakan seorang hamba Allah yang soleh lagi bertaqwa . Beliau dianugerahkan dengan pengetahuan , kebijaksanaan , kefahaman agama yang dalam , kemulian dan kedudukan yang tinggi . Beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau . Kisahnya menjadi teladan kepada manusia . Antara nasihat beliau kepada anaknya ialah :-
  • Jangan melakukan syirik 
  • berbuat baik kepada kedua ibu bapa 
  • bersabar terhadap bala bencana
  • jangan bersifat sombong 
  • melakukan kebaikan dan tinggalkan kejahatan
  • menunaikan solat
Tidak melakukan syirik 
 Syirik ialah menyukutukan Allah dengan sifat , zat dan af'al-Nya (perbuatan) . Syirik termasuk dalam golongan berdosa besar . Ibadat tidak diterima serta akan mendapat balasan neraka .

(BAHAGIAN SYIRIK TELAH DITERANGKAN DALAM POST YANG BERTAJUK : PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN )


Berbuat baik kepada ibu bapa
 Berbuat baik kepada ibu bapa merupakan satu kewajipan setiap individu . Ini disebabkan setiap anak perlu berbakti kepada kedua ibu bapa kerana ibu bersusah payah mengandungkan kita , ibu bapa menjaga kita dari kecil hingga dewasa , bapa mencari nafkah untuk kita dan ibu bapa sanggup bersusah payah demi kebaikan anaknya . 

 Kita perlu beradab dengan kedua ibu bapa kita . Contoh cara beradab yang betul ialah merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka , mendengar nasihat mereka , mematuhi perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan sentiasa mengembirakan mereka .

" Mereka yang berbuat baik dengan ibu bapa akan mendapat balasan baik didunia dan akhirat manakala bagi mereka yang berbuat jahat kepada kedua ibu bapa mereka akan mendapat balasan sebaliknya "


Menunaikan kebaikan
 Luqman Al-Hakim turut menasihati anaknya supaya mendirikan solat , melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran . Setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran .  Bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia yang harus diamalkan setiap individu . Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada manusia . 

Tegahan bersifat sombong
 Islam memerintahkan umatnya supaya bertegur sapa dan menunjukkan wajah yang manis serta melihat muka ketika bertutur dengan orang lain . Kita perlu berbicara dengan lemah lembut dan berhemah tinggi supaya pendengar jelas dan menerima dengan hati yang terbuka .

Sabar terhadap bencana
  Sabar merupakan sifat yang mulia dan terpuji . Kepentingan sifat sabar ini ialah memperoleh kejayaan kerana tidak berputus asa , redha menghadapi ujian Allah SWT  dan melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh serta tidak mudah dihasut syaitan .

Pengajaran bagi ayat surah Luqman 12-13 ini ialah Allah SWT menjadikan Luqman Al-Hakim sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia dan Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada kedua ibu bapa 

7 Sept 2011

Zikrullah Sebagai Pengubat Hati

   Zikir bermaksud mengingati Allah SWT dengan hati , lidah dan perbuatan seperti membaca Al-Quran , bertasbih , bertahmid , bertakbir dan sebagainya . Zikir ini dapat menghubungkan manusia dengan penciptanya . 

Antara adab berzikir termasuklah :-
  • Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
  • Melafazkan setiap kalimah zikir dengan betul
  • Mengingati Allah SWT dengan seikhlas hati
  • Merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT ketika melafazkan kalimah zikir
  • Menyebut kalimah zikir dengan perlahan
  • Berzikir kepada Allah SWT dengan penuh perhatian

Kenapa kita perlu beradap ketika berzikir ? 
  • Supaya tidak menganggu ketenteraman orang lain
  • Bagi mencapai kesempurnaan dalam ibadat
  • Supaya Zikir diterima oleh Allah
  • Selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW
   Terdapat beberapa hikmat jika kita berzikir antaranya kita dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT , kita memperoleh ketenangan jiwa , berzikir mendidik kita supaya sentiasa mengingati Allah SWT dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan merasai keagungan-Nya .

   Orang yang tidak berzikir akan rugi kerana mereka akan terdedah kepada perkara yang dimurkai oleh Allah SWT seperti hubungan bebas antara lelaki dan perempuan , minum arak dan sebagainya kerana diri mereka mudah dikuasai oleh syaitan laknatullah dan sukar untuk mengawal nafsu serakah . Selain itu mereka juga akan lalai dalam menunaikan tanggungjawab terhadap agama dan terkhir sekali ialah mereka tidak akan merasai ketenangan jiwa dan sentiasa gelisah .

Serba sedikit tentang Imam As-Syafie Rahimahullah

   Nama sebenar Imam As-Syafie rahimahullah ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafi' bin As-Sa'ib . Beliau sama keturunan dengan Nabi Muhammad SAW di sebelah datuknya , Abdul Manaf.Imam As-Syafie lahir di Ghazzah , Palestin pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi . Bapa beliau meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan di atas bumi ini . Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya , Syafie bin Sa'ib . Beliau merupakan seorang yang kuat ingatan , terang hati , rajin , serta mempunyai peribadi yang sangat tinggi . Beliau meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masihi di Mesir .

   Selain itu , dalam bidang pendidikan , Imam As-Syafie mula belajar Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan dapat menghafaz keseluruhan Al-Quran ketika 9 tahun . Ketika umur 12 tahun , beliau sudah menghafal kitab Al-Muattok , karangan Imam Malik . Beliau banyak menghabiskan masa beliau pergi menuntut ilmu di kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram . Imam As-Syafie belajar dengan beberapa orang tokoh ulama yang terkenal seperti Imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami . Beliau juga pergi mengembara ke Iraq , Parsi , Palastin dan Yaman untuk menuntut ilmu .

   Seterusnya , Imam As-Syafie banyak memberi sumbangan dalam tamadun Islam antaranya mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum . Selain itu , tidak menerima kaedah istihsan dan mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu . Seterusnya beristihad mengikut tempat dan suasana dan akhir sekali beliau berhujah dengan golongan yang anti-hadis . Perdebatan ini disebutkan dalam kitab Ar-Risalah . Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat . Imam As-Syafie merupakan pengasas mazhab Syafie .

6 Sept 2011

Serba sedikit tentang Imam Abu Hanifah Rahimahullah


Nama sebenar beliau ialah Nukman bin Thabit . Dilahirkan di Kufah pada tahun 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi.Beliau berketurunan Parsi dan anak kepada seorang peniaga kain . Beliau ada salah seorang ulama Islam yang terkenal dan merupakan pengasas kepada Mazhab Hanafi . Beliau dikenali sebagai Abu Hanifah kerana sentiasa membawa kemana-mana sahaja tintanya untuk mencatat ilmu pengetahuan dan salah seorang anaknya bernama Hanifah . Beliau juga dikenali dengan gelaran itu kerana Hanifah bermaksud cenderung kepada agama . Imam Abu Hanifah adalah seorang yang berani dan tegas dalam mempertahankan agama.Antara ujian yang dihadapi oleh beliau dalam pemerintah termasuklah dihukum penjara dan disebat kerana menolak jawatan kadi di Kufah . Beliau meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 masihi ketika berusia 70 tahun.

Dalam bidang pendidikan beliau banyak mendapat peluang menuntut ilmu sejak kecil sehingga ke peringkat yang paling tinggi . Beliau mempelajari mempelajari pelbagai ilmu terutamanya ilmu undang-undang Islam . Imam Abu Hanifah berguru dengan beberapa orang ulama yang hidup sezaman dengannya . Guru yang paling banyak memberi sumbangan kepada dirinya ialah Imam Hammad bin Ali Sulaiman iaitu selama 18 tahun . Beliau juga berguru dengan Anas bin Malik , Abdullah bin Abi Aufa’ , dan Abdullah bin Abi Al-Hasan .

Beliau banyak memberi sumbangan dalam tamadun Islam antaranya beliau banyak menghabiskan masanya untuk memberi pengajaran di masjid , berfikiran kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fikah , ulama pertama yang menyusun kitab fikah mengikut bab dan fasal dengan tersusun . Beliau juga ada membuat kitab dan ada antara kitab-kitabnya yang terkenal ialah kitab Al-fikah Al-Akhbar  dan Kitab Faraid.

Aliran mazhab Abu Hanifah dikenal sebagai aliran mazhab Hanafi.Mazhab ini berpengaruh di Iraq dan menjadi mazhab rasmi Kerajaan Uthmaniah . Murid Imam Abu Hanifah yang terkenal sebagai tokoh ulama turut menyebarkan ilmu khususnya dalam bidang fikah dan perundangan Islam.

5 Sept 2011

Serba sedikit tentang Saidina Ali bin Abi Talib R.A.


“Keberanian dan kegagahan Sayidina Ali bin Abi Talib terserlah sejak kecil terutama ketika beliau sanggup untuk menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW ketika Baginda keluar berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar dalam keadaan rumah Baginda dikepung oleh orang kafir Quraisy”

Beliau ialah khalifah keempat daripada Khulafa’ Ar-Rasyidin.Ayahnya ialah Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf.Ibunya bernama Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdi Manaf.Jadi,baik daripada ayah mahupun ibunya,Ali berasal daripada keturunan Bani Hasyim.

Peperangan Siffin
Pertentangan Ali dengan Mu’awiyah mengakibatkan perang Siffin (34 H).Pasukan Ali yang berjumlah sekitar 95,000 orang melawan 85,000 orang pasukan Mu’awiyah.Ketika perang hampir berakhir,pasukan Ali Berjaya mendesak lawannya.Namun,sebelum peperangan tamat,muncul Amr bin Ash mengangkat mushaf menyatakan damai.
    
“Marilah kita bertahkim dengan kitab Allah!” seru Amr lantang.Khalifah Ali tidak dapat  berbuat apa-apa dan terpaksa menghentikan peperangan.Ali bin Abi Talib memeng seorang pejuang yang sejati.Dia Berjaya memenangi perang Jamal.Dia juga Berjaya mengatasi pasukan Mu’awiyah dalam perang Siffin.Namun,dia bukanlah seorang negarawan seperti Rasulullah SAW dan para khalifah sebelumnya.
   
Kemampuannya dalam berdiplomatik,kadangkala tidak standing dengan apa yang dimiliki oleh Amr bin Ash.Kelicikan Mu’awiyah dalam berpolitik,kadang-kadang tidak mampu diatasi.
   
Akibat tindakan Ali menghentikan serangan,pasukannya berpecah menjadi tiga bahagian.Kumpulan Syiah yang dengan segala risiko dan pemahaman mereka tetap menyokongnya.Kumpulan Murji’at yang menyatakan mengundurkan diri dan Kumpulan Khawarij yang memisahkan diri serta menyatakan tidak suka dengan tindakan Ali.

Kumpulan ketiga inilah yang akhirnya memberontak dan menyatakan penolakan mereka terhadap Ali sebagai khalifah,Mu’awiyah sebagai penguasa Syria dan Amr bin Ash sebagai penguasa Mesir.Mereka merancang untuk membunuh ketiga-tiga pemimpin itu.


Sumber : siri 100 Pahlawan Syurga (JILID 1) karya Harun Arrasyid Haji Tuskan

4 Sept 2011

99 Nama Allah s.w.t (Asma ul-Husna)

Ar-Rahman - Maha Pengasih
Ar-Rahim - Maha Penyayang
Al-Malik - Maha Raja (mempunyai kekuasaan)
Al-Quddus - Maha Suci
As-Salam -  Maha Memberi Kesejahteraan
Al-Mukmin - Yang Memberi Keamanan
Al-Muhaimin - Yang Pemelihara
Al-Aziz - Maha Gagah
Al-Jabbar - Maha Perkasa
Al-Mutakabbir - Maha Megah Yang Memiliki Kebesaran
Al-Khaliq - Maha Pencipta
Al-Barik - Maha Melepaskan (membuat,membentuk,menyeimbangkan)
Al-Musawwir - Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
Al-Ghaffar - Maha Pengampun
Al-Qahhar - Yang Memaksa
Al-Wahhab - Maha Pemberi Kurnia
Al-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
Al-Fattah - Maha Pembuka Rahmat
Al-Alim - Maha Mengetahui (memiliki ilmu)
Al-Qabid - Yang Menyempitkan (makhluknya)
Al-Basit - Yang Melapangkan (makhluknya)
Al-Khafid - Yang Merendahkan (makhluknya)
Al-Rafik - Yang Maninggikan (makhluknya)
Al-Muiz - Yang Memuliakan (makhluknya)
Al-Muzil - Yang Menghinakan (makhluknya)
Al-Samik - Maha Mendengar
Al-Basir - Maha Melihat
Al-Hakam - Maha Menetapkan
Al-Adl - Maha Adil
Al-Latif - Maha Lembut
Al-Khabir - Maha Mengetahui Rahsia
Al-Halim - Maha Penyantun
Al-Azim - Maha Agung
Al-Ghafur - Maha Pengampun
Al-Syakur - Maha Pembalas Budi (menghargai)
Al-Ali - Maha Tinggi
Al-Kabir - Maha Besar
Al-Hafiz - Maha Menjaga
Al-Muqit - Maha Pemberi Kecukupan
Al-Hasib - Maha Membuat Perhitungan
Al-Jalil - Maha Mulia
Al-Karim - Maha Pemurah
Al-Raqib - Maha Mengawasi
Al-Mujib - Maha Mengabulkan
Al-Wasik - Maha Luas
Al-Hakim - Maha Bijaksana
Al-Wadud - Maha Pencinta
Al-Majid - Maha Mulia
Al-Bais - Maha Membangkitkan
Al-Syahid - Maha Menyaksikan
Al-Haq - Maha Benar
Al-Wakil - Maha Memelihara
Al-Qawi - Maha Kuat
Al-Matin - Maha Teguh
Al-Wali - Maha Melindungi
Al-Hamid - Maha Terpuji
Al-Muhsi - Maha Menghitung
Al-Mubdik - Maha Memulai
Al-Muid - Maha Mengembalikan Kehidupan
Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
Al-Mumit - Maha Mematikan
Al-Hayy - Maha Hidup
Al-Qayyum - Maha Mendiri
Al-Wajid - Maha Penemu
Al-Wahid - Maha Esa
Al-Ahad - Maha Esa
Al-Samad - Tempat Meminta
Al-Qadir - Maha Menentukan,Maha Menyeimbangkan
Al-Muqtadir - Maha Berkuasa
Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
Al-Muakhir - Maha Mengakhirkan
Al-Awwal - Maha Awal
Al-Akhir - Maha Akhir
Al-Zahir - Maha Nyata
Al-Batin - Maha Ghaib
Al-Wali - Maha Memerintah
Al-Mutaali - Maha Tinggi
Al-Bar - Maha Penderma
Al-Tawwab - Maha Penerima Taubat
Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
Al-Afu - Maha Pemaaf
Al-Rauf - Maha Pengasih
Malik al-Mulk - Penguasa Kerajaan (semesta)
Zu al-Jalal wa al-Ikram - Pemilik Kebesaran dan Kemulian
Al-Muqsit - Maha Adil
Al-Jamik - Maha Mengumpulkan
Al-Ghani - Maha Berkecukupan
Al-Mughni - Maha Memberi Kekayaan
Al-Manik - Maha Mencegah
Al-Dar - Maha Memberi Derita
Al-Nafik - Maha Memberi Manfaat
Al-Nur - Maha Bercahaya (menerangi,memberi cahaya)
Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
Al-Badik - Maha Pencipta
Al-Baqi - Maha Kekal
Al-Waris - Maha Pewaris
Al-Rasyid - Maha Pandai
Al-Sabur - Maha Sabar

Marilah kita mengamalkan Asma ul-Husna setiap hari dan berzikir dengan nama-namaNya , semoga hidup kita diberkati dan dicucuri rahmat serta mendapat ganjaran pahala yang besar . InsyaAllah .

3 Sept 2011

Kisah Si Penjual Kipas


Kisah ini diceritakan oleh seorang Wali Allah di mana dia mempunyai seorang kawan yang sangat baik paras rupanya dan berbudi luhur.  Dia mempunyai seorang isteri dan hidup dalam keadaan sederhana tetapi sangat bahagia. Kerjanya setiap hari adalah membuat kipas dari bulu burung dan menjualnya di pasar.

Saya sering menziarahinya disamping mengharapkan doanya.  Setiap kali saya menziarahinya saya dapati banyak bulu-bulu burung yang cantik dan jarang dijumpai berselerak di atas lantai.  Pada suatu hari saya bertanya kepada kawan saya, "Wahai saudaraku, dari mana engkau memperolehi bulu-bulu burung itu sedangkan saya tidak pernah melihat saudara keluar mencarinya".

Kawan saya menjawab dengan tersenyum, katanya, "Allah s.w.t telah menugaskan malaikatNya untuk mengirimku bulu-bulu burung ini setiap hari Jumaat, sebagai rezeki untuk keluargaku" sambungnya lagi " Dari bulu-bulu burung inilah aku membuat kipas dan menjualnya di pasar kepada sesiapa yang memerlukannya.

Setelah beberapa lama saya tidak berjumpa dengan dia terasa pula rindu untuk bertemu dengannya.  Pada suatu hari saya pergi ke pasar dengan tujuan untuk menziarahi kawan saya itu.  Setelah tiba di sana saya dapati kawan saya tidak ada di tempat ia selalu menjaja dagangannya.  Puas saya mencari di sana sini tetapi tidak berjumpa, lalu saya bertanya kepada orang-orang yang berjaja di situ, mereka berkata bahawa kawan saya itu telah lama tidak datang untuk menjual dagangannya.

Saya begitu kecewa kerana tidak dapat bertemu dengannya.  Saya mengambil keputusan untuk pergi ke rumahnya.  Tiba di rumahnya saya dapati keadaan sunyi sepi dan saya memberanikan diri untuk mengetuk pintu dan memberi salam.  Tidak lama kemudian saya mendengar suara isterinya bertanya "Siapa di luar itu?" saya menjawab "Sahabat dari suami kamu, saya amat rindu untuk bertemu dengannya".  "Adakah ia berada dirumah?" tanya saya lagi.  Isterinya menjawa "Ia, dia ada di dalam, tetapi sedang sibuk  berzikir dengan Allah Azzawajalla".

Isterinya membuka pintu dan mempersila masuk.  Saya merayu supaya mengizinkan saya bertemu dengannya kerana saya amat rindu sekali dengannya.  Isterinya pun segera masuk dan mendapatkan suaminya dan tidak lama kemudian ia kembali seraya berkata "Masuklah".  Saya masuk dan menuju tempat yang di tunjukkan oleh isterinya.  Saya melihat kawan saya berada di suatu tempat yang khusus di bina untuk beramal ibadat.  Apabila  melihatku segeranya  bangun dan memeluku dengan erat sekali, kelihatan sekali di wajahnya nur dan cahaya kebahagian.

Kami pun berbual agak lama juga dan tidak lama kemudian saya di hidang dan di jamu dengan makanan yang sungguh lazat rasanya.  Belum pernah saya merasa minuman dan makanan yang sedemikian lazat kerana saya tidak pernah melihat makanan sedemikian di dunia ini.  Saya berfikir mungkin makanan ini didatangkan khusus dari syurga.

Setelah lama berbual saya memberanikan diri untuk bertanya "Kenapakah kamu tidak lagi berjaja daganganmu di pasar, apakah ia tidak laku lagi?"  Kawan saya tersenyum dan berkata "Tidak, tidak bukan kerana itu" "Habis kenapa? Dengan tidak sabar lagi saya bertanya keran ingin mengetahui keadaan sebenarnya".  "Sebenarnya saya mengalami suatu peristiwa aneh" katanya.  "Peristiwa aneh, apakah yang dimaksudkan oleh saudara" saya terus mendesak.

"Begini ceritanya" jawab kawan saya.  Dia pun mula bercerita. Pada suatu hari saya pergi ke pasar seperti biasa untuk menjual kipas daripada bulu-bulu burung, tetapi tidak satu pun yang laku.  Sedangkan pada hari itu saya benar-benar tidak mempunyai apa-apa pun untuk menyara hidup keluarga saya.  Saya mengambil keputusan untuk menjaja dangangan saya ke sebuah kampung tempat tinggal orang-orang kaya,  tiba-tiba saya terdengar suara orang memanggil, saya mencari-cari suara itu dan mendapati ianya datang dari sebuah bangunan yang tinggi dan saya terus mendongak dan mendapati seorang wanita memanggil untuk melihat kipas buatan saya. 

Saya terus mengikuti perempuan itu dan dibawanya naik ke tingkat atas sekali bangunan itu.  Saya dapati hiasan  di dalamnya sungguh cantik, lantainya di alas dengan karpet yang tebal sekali,dan bau ruangan itu sungguh harum.  Ditengah-tengan ruangan itu terdapat sebuah katil yang di ukir indah dan bertatah dengan intan permata. Kelambunya berbunga emas dan perak.

Tiba-tiba saya terkejut ditegur oleh seorang wanita yang sungguh cantik, seluruh tubuh badannya dihiasi dengan bermacam-macam perhiasan.  Wanita itu merenung saya dan seluruh badan saya menjadi gementar lalu saya memejamkan mata kerana tidak sanggup bertentang mata dengannya. "Selamat datang wahai tamuku" kata wanita itu "Mulai malam ini kamu akan di layan selama tiga hari tiga malam, aku akan memberi kepuasan kepada kamu dengan pelbagai kenikmatan yang kamu tidak akan bertemu sepanjang hayatmu" sambung wanita itu lagi.

"Apa maksudmu?" tanya saya. "Aku akan memberi kepuasan syurga, yang anda tidak akan menyesal seumur hidup anda" jawab wanita itu.  Saya merasa takut sekali dan meminta supaya Allah menjauhkan aku daripada pekerjaan terkutuk ini.  Saya cuba mencari helah namun dia terus memaksa saya supaya menuruti kehendahnya.  Saya tidak dapat mengelak lagi dan akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan kehendaknya.

Saya meminta izin dari wanita itu untuk naik kebumbung bangunan itu, dan berjanji akan kembali lagi selepas itu.  Wanita itu berkata " Biarlah saya menemani dan membantu anda, jika ingin membuang air" "Tidak" jawab saya dengan tegas.  "Saya cuma ingin melihat dan meninjau keadaaannya saja" sambung saya lagi. Wanita itu berkata "Anda tidak boleh pergi ke mana-mana kerana semua pintu telah di kunci ".  Saya terus memujuk dan berjanji akan kembali lagi.  Lama kelamaan wanita itu bersetuju dan membenarkan saya naik.

Saya terus naik ke atas dan mendapati bangunan itu sungguh tinggi sekali dan saya terus berdoa "Ya Allah, Engkau amat mengetahui tentang urusanku, mati adalah lebih baik bagiku daripada melakukan maksiat yang terkutuk terhadapMu".  Saya berfikir sejenak, lalu saya mengambil keputusan dan terus terjun daripada bangunan yang tinggi itu.  Tiba-tiba datang satu lembaga telah menyambut dan saya jatuh di atas sayapnya.  Lembaga itu tidak lain tidak bukan adalah malaikat yang di utuskan Allah untuk menyelamatkan saya. Dalam sekelip mata saya telah berada di rumah saya.  Saya bersyukur kepada Allah s.w.t atas pertolonganNya dan menyelamatkan saya daripada pekerjaan yang terkutuk itu.

Kisah Wali Dituduh Mencuri


Kisah ini di cerikakan oleh  Zin-Nun rahimahlah di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang di hajatinya.  Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya.  Kapal yang di naiki oleh Zin-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya.  Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.

 Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh sesak dengan orang ramai.  Pada peringkat permulaan pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang.  Suasana di dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang yang sangat berharga.  Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa lagi.  Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.

Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut.  Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua beg,  barang-barang digelidah tetapi tidak  menjumpai barang yang di cari.  Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zin- Nun.  Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri,  Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.

Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak tenggelam di dalam laut, mala ia duduk di atas permukaan air.  Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali "Ya Allah, mereka sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata berharga di mulutnya".

Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya.  Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu.  kapten kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka telah lihat.

Pemuda itu berkata "Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya".  Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang bermaksud 'Hanya kepada Mulah aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan'.